Ini pekerja yang yang paling muda dikilang batik, rumahnya hampir dengan kilang tapi selalu datang lewat dan cepat balik. Selain mewarna batik dia tolong makciknya buat kuih, macam macam kuih.
Yang ni pulak yang paling hati-hati dan cermat semasa mewarnakan kain, maklumlah mahu jaga kualiti corak batik. Bukan senang untuk mewarnakan kain batik sutera ini, kalau tak cermat hasilnya tak menarik, tentu bos rugilah.
Kak Na adalah perwarna yang paling rajin dan setiap beliau mewarna minima 10 helai sehari, Kak Na datang awal dan balik akhir untuk mendapatkan sasarannya